• Bangkok Mahu Hapuskan Gerai Jalanan

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+


    BANGKOK: Gerai makanan jalanan akan diharamkan di semua jalan utama di ibu kota ini, kata pegawai perbandaran hari ini.

    Namun, rancangan itu mencetuskan kemarahan dan kekecewaan di ibu negara ini yang terkenal dengan makanan jalanan pedas.

    Selama beberapa bulan pihak berkuasa perbandaran melakukan operasi terhadap gerai jalanan di seluruh metropolis itu, yang menjual pelbagai jenis makanan daripada hidangan mi lewat malam hinggalah serangga goreng.

    "Semua jenis gerai termasuk pakaian, barangan tiruan dan makanan akan diharamkan daripada jalan-jalan utama. Mereka tidak dibenarkan beroperasi atas faktor ketenteraman awam dan kebersihan," kata penasihat gabenor Bangkok, Wanlop Suwandee kepada AFP.

    Pihak berkuasa menegaskan, gerai jalanan mengakibatkan laluan pejalan kaki sesak, mengganggu orang ramai yang lalu lalang selain jalan raya dipenuhi sampah sarap.

    Namun ramai penduduk ibu kota ini berkata, huru hara itu adalah sebahagian tarikan dan budaya di bandar raya itu.

    "Jika anda mahu membersihkan semua peniaga, ia seperti anda membersihkan budaya itu sendiri," kata Chiwan Suwannapak, yang bekerja untuk agensi pelancongan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Bangkok Mahu Hapuskan Gerai Jalanan "