• Australia Mansuh Visa Pekerja Asing Mahir

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    Image result for Malcolm Turnbull
    SYDNEY: Australia akan memansuhkan visa sementara pekerja asing mahir, mempertahankan rakyat tempatan perlu diberi keutamaan peluang pekerjaan berbanding orang luar. 

    Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata, visa popular 457, yang membolehkan rakyat asing tinggal dan bekerja di Australia sehingga empat tahun, akan digantikan dengan skim lebih tegas yang memerlukan pemeriksaan latar belakang jenayah serta syarat ketat bahasa Inggeris. 

    Senarai pekerjaan yang melayakkan visa baharu itu akan dikurangkan secara mendadak. 

    "Kita adalah sebuah negara pendatang, namun hakikat yang kekal adalah, pekerja Australia memiliki keutamaan pekerjaan di Australia," kata Turnbull dalam satu video Facebook mengumumkan perubahan itu. 

    Keputusan oleh Australia dibuat sehari sebelum Presiden Donald Trump dijangka menandatangani satu arahan eksekutif berhubung perubahan kepada satu program visa yang membawa pekerja berkemahiran tinggi ke AS. 

    Rumah Putih berkata, program visa ketika ini mengurangkan pekerja AS dengan membawa buruh lebih murah. Visa 457 Australia diwujudkan bagi menangani kekurangan pekerja tempatan dalam bidang kemahiran tertentu. 

    Namun pengkritik mempertikaikan tindakan peniaga menyalahgunakannya dengan membawa pekerja asing gaji lebih rendah berbanding diterima rakyat tempatan. 

    Turnbull berkata, skim baharu visa itu akan memastikan peniaga hanya membawa pekerja asing bagi memenuhi kekurangan dalam kemahiran kritikal. 

    Seramai 95,000 rakyat asing yang sudah berada di Australia menggunakan visa 457 akan terjejas dengan perubahan itu. AP

    Subjects:

  • No Comment to " Australia Mansuh Visa Pekerja Asing Mahir "