• Atletico Tamatkan Kisah 'Dongeng' Leicester

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    LEICESTER: Jamie Vardy menjaringkan gol tatkala kisah 'dongeng' Leicester United dalam Liga Juara-Juara berakhir apabila terikat 1-1 di peringkat suku akhir dengan Atletico Madrid, awal pagi tadi. 

    Beraksi di laman sendiri dengan harapan mahu mengatasi defisit 0-1 pada aksi pertama, Leicester ketinggalan selepas tandukan di babak pertama oleh Saul Niguez sebelum Vardy memberi sedikit sinar menerusi jaringannya pada minit ke-61. 

    Meskipun berdepan tekanan hebat dan sokongan padu diberikan penyokong Leicester di Stadium King Power, Atletico berjaya melengkapkan misi di laman lawan dengan agregat 2-1 seterusnya mara ke separuh akhir untuk kali ketiga dalam empat musim. 

    "Kami menyukarkan mereka dengan usaha dan komitmen yang kami tonjolkan. Ia tidak teruk untuk kalah kepada sebuah pasukan yang berkaliber ini. 

    "Kelab daripada sudut keseluruhannya, baik dari penyokong, pemain hinggalah pemilik boleh berbangga tetapi saya baru saja berkata kepada pemain yang mereka seharusnya mahukan yang lebih baik daripada ini dan mereka bersetuju dengan apa yang mereka mahukan. " kata pengurus Leicester, Craig Shakespeare. 

    Leicester mempunyai impian untuk muncul selaku pasukan baharu yang pertama melangkah ke separuh akhir sejak dilakukan Villarreal pada 2006 tetapi gagal mengulangi ulangan kemenangan ke atas Sevilla ketika pusingan 16 terbaik. 

    Penyingkiran itu menamatkan pengembaraan mereka yang dicetuskan selepas muncul juara Liga Perdana Inggeris. 

    Sementara itu, ia juga adalah kali ketiga Atletico menyingkirkan Leicester daripada kejohanan benua, sebelum ini mereka meraih kemenangan dalam Piala Juara-Juara Eropah 1961-62 dan Piala UEFA 1997-1998.

     "Saya gembira dengan prestasi pasukan. 

    "Saya juga perlu katakan, lawan kami juga mempamerkan prestasi yang hebat. Ia satu penghormatan untuk bersaing dengan mereka, " kata pengendali Atletico, Diego Simeone. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Atletico Tamatkan Kisah 'Dongeng' Leicester "