• AS Tingkat Tekanan Susulan Ancaman Pyongyang

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+
    Image result for Rex Tillerson
    SEOUL: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berusaha memberi tekanan kepada Korea Utara selepas media negara itu menyiarkan amaran kerajaan supaya AS 'tidak main-main dengan kami' dan ancaman yang mereka akan melancarkan 'serangan awal besar-besaran'. 

    Perkara itu diumumkan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, susulan peningkatan program nuklear Korea Utara. 

    Amaran itu mendorong Presiden Donald Trump mengambil langkah tegas terhadap pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, selepas beliau menolak teguran sekutu utamanya, iaitu China. 

    Korea Utara bertegas untuk meneruskan program nuklear dan peluru berpandu, yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

    Sebelum ini, Korea Utara kerap mengeluarkan ancaman untuk memusnahkan Jepun, Korea Selatan dan AS. 

    Malah, mereka tidak menunjukkan tanda untuk berhenti berperang selepas kegagalan ujian peluru berpandu Ahad lalu. Sehari sebelum itu, Korea Utara mempamerkan peluru berpandu terbesarnya dalam satu perarakan di Pyongyang. 

    "Kami sedang menyemak semua status Korea Utara, iaitu dari segi penajaan keganasan dan lain-lain cara yang boleh memberi tekanan kepada rejim di Pyongyang untuk bersemuka dengan kita, namun dengan pendekatan berbeza berbanding perbincangan lalu yang pernah diadakan," kata Tillerson kepada wartawan di Washington, semalam. 

    Naib Presiden AS, Mike Pence, ketika mengunjungi sekutu Asianya, baru-baru ini, berkali-kali berkata 'era kesabaran strategik' dengan Korea Utara sudah berakhir. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " AS Tingkat Tekanan Susulan Ancaman Pyongyang "