• AS Bakal Dakwa WikiLeaks, Assange

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    WASHINGTON: Pihak pendakwa Amerika Syarikat dilaporkan bersiap sedia untuk mengemukakan pertuduhan terhadap WikiLeaks, termasuk terhadap pengasasnya Julian Assange, atas tuduhan mendedahkan rahsia sensitif kerajaan. 

    CNN dalam laporannya berkata, pihak berkuasa sedang bersiap sedia untuk menahan Assange. Sementara, The Washington Post melaporkan pihak pendakwaan masih mengkaji tuduhan yang bakal dikenakan terhadap anggota organisasi itu selepas pentadbiran era Obama enggan mengambil tindakan itu. 

    Menurut The Washington Post, antara pertuduhan termasuk konspirasi, mencuri harta kerajaan dan melanggar Akta Perisikan. 

    Bulan lalu, WikiLeaks mengeluarkan dokumen yang mendedahkan rahsia risikan siber Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menyasarkan komputer, telefon bimbit dan televisyen pintar. 

    Sebelum ini, mereka menerbitkan 250,000 dokumen rahsia Jabatan Negara, hingga menjejaskan operasi tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan. 

    Dalam pada itu, peguam Assange berkata pihak berkuasa belum memaklumkan mereka mengenai status siasatan. - AP

    Subjects:

  • No Comment to " AS Bakal Dakwa WikiLeaks, Assange "