• Album Baharu Dayang Diulang Cetak Kali Ketiga

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    Image result for dayang nurfaizah
    KUALA LUMPUR: Selepas empat hari dilancarkan, album terbaru Dayang Nurfaizah dicetak buat kali ketiga susulan sambutan hangat peminat yang merindukan bingkisan penyanyi bersuara gemersik itu. 

    Paling mengujakan, album penyanyi Lelaki Teragung itu menjadi trending di aplikasi muzik iTunes sejak mula dilancarkan, Sabtu lalu. 

    Lebih membanggakan, album solo yang memuatkan tujuh lagu itu berada pada posisi keenam bersama sembilan artis antarabangsa lain seperti Coldplay, Ed Sheeran, Rockabye, Jay Chou dan Maroon 5.

    "Dayang terkejut apabila dimaklumkan album ini menjadi trending di iTunes. 

    Mungkin disebabkan sudah enam tahun tak muncul dengan album baru membuatkan peminat tak sabar menantikan album ini. 

    "Selain itu, lagu yang ada dalam album ini juga menepati cita rasa peminat," katanya pada sidang media pelancaran album Dayang Nurfaizah disusuli showcase istimewa yang berakhir sebentar tadi. 

    Sejak dilancarkan, album terbaru Dayang sudah dijual 2,000 unit. 

    "Album ini sudah tiga kali cetak. Ia satu perkembangan yang bagus dan saya harap ia berterusan" katanya. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Album Baharu Dayang Diulang Cetak Kali Ketiga "