• Ajal Bakal Pengantin Di Sungai Mukah

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    MUKAH: Seorang pekerja kapal tunda warga Sri Lanka berumur 25 tahun tidak sempat menamat zaman bujang apabila ditemui mati lemas di Sungai Mukah pagi semalam.

    Menurut rakan sekerja, mangsa dikenali sebagai Peshala Ishan sepatutnya bercuti untuk perkahwinannya minggu hadapan.

    Rakannya juga memberitahu, mangsa keluar berjalan-jalan sekitar Mukah malam sebelumnya tetapi tidak balik semula ke kapal tunda.

    Mangsa dan rakan turut menjadikan kapal tunda tersebut sebagai tempat tinggal ketika bekerja.

    Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, mayat dijumpai orang awam sekitar jam 7.53 pagi di sungai berdekatan market ikan Mukah.

    “Tiada tanda kecederaan pada tubuh mangsa dan mayat telah dibawa ke Hospital Mukah untuk proses bedah siasat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

    Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).-UB
  • No Comment to " Ajal Bakal Pengantin Di Sungai Mukah "