• Adam Tiba Di Mahkamah Untuk Pendakwaan

    Published: Friday, 21 April 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly tiba di Mahkamah Sesyen sebentar tadi, untuk pendakwaan tuduhan memberi dokumen dan keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

    Adam dibawa dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9.05 minit melalui pintu tepi kompleks mahkamah. 

    Pada jam 9.25 pagi, dia yang diiringi pegawai SPRM dibawa masuk ke bilik Mahkamah Sesyen 14 untuk pendakwaan. 

    Beliau turut diiringi anggota keluarga. Difahamkan, Adam berdepan enam tuduhan memberikan dokumen dan keterangan palsu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. 

    Adam ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan membabitkannya pada 13 April lalu. Dia direman sejak tarikh itu bagi membantu siasatan kes. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Adam Tiba Di Mahkamah Untuk Pendakwaan "