• Abang Jo Minta Semua Pihak Bersikap Rasional

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    KUCHING: Dalam rundingan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak dan gas, Sarawak perlu rasional dengan meningkatkan penglibatan aktiviti hiliran sebagai langkah sementara.

    Memetik laporan Utusan Borneo Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata, kita perlu rasional (dalam rundingan) jika mereka (Petronas) belum mampu memberi (apa yang diminta), buat masa ini kita ada pilihan lain termasuk meningkatkan penyertaan kita dalam industri hiliran dan proses cari gali.

    "Sementara menunggu rundingan antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Petronas berlangsung, Sarawak juga perlu memikir tentang alternatif lain.

    "Petronas membantu kita dengan melibatkan rakyat Sarawak dalam industri minyak dan gas meskipun mereka belum membuat sebarang keputusan mengenai permintaan 20 peratus royalti minyak dan gas iaitu langkah sementara (in lieu)," katanya

    Menurutnya, itulah secara prinsipnya rundingan yang sedang berlaku sekarang.

    "Konsepnya masih sama malah impaknya mungkin jauh lebih baik atau lebih banyak daripada royalti yang kita tuntut.

    "Kita juga perlu memahami situasi yang dialami Petronas.

    "Jika kita mahu menaikkan kadar royalti kepada 20 peratus, Petronas juga perlu adil pada kerajaan pusat untuk memberikan pada kadar yang sama selain cukap berkaitan," tegasnya.

    Jelas beliau, Petronas tidak boleh beroperasi dengan kos yang tinggi kerana ini akan menjejaskan mereka.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam. - Sarawakiana
  • No Comment to " Abang Jo Minta Semua Pihak Bersikap Rasional "