• 70 Tahun, Enam Isteri dan 54 Anak

    Published: Wednesday, 19 April 2017
    A- A+
    Truck driver, 70, claims to have fathered 54 children with six wives

    NUSHKI: Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori berusia 70 tahun mendakwa dia mempunyai enam isteri dan 54 orang anak kerana dia ‘melakukan sex setiap hari’ ketika usia mudanya.

    Memetik laporan portal Wedding Digest Naija, Abdul Majeed Mengal, yang berasal dari Nushki Pakistan berkata, beliau ada lebih dari 50 orang anak tetapi malangnya 12 daripada mereka meninggal dunia.

    Menurutnya, sekarang dia memiliki 22 orang anak lelaki, 20 orang anak perempuan dan empat isteri setelah dua daripada isterinya meninggal dunia.

    “Ketika masih muda, saya mempunyai tenaga yang bagus dan berkehendak melakukan hubungan sex setiap hari.

    Truck driver, 70, claims to have fathered 54 children with six wives

    “Saya bekerja kuat untuk menyara keluarga dan memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak saya,” jelas beliau.

    Perkahwinan pertama Abdul Majeed adalah ketika dia berusia 18 tahun dan berterusan mengahwini lima lagi wanita lain pada tahun-tahun berikutnya.

    Menurut laporan weddingdigestnaija.com, anak lelaki sulungnya, Abdul Bari Mengal yang berusia 32 tahun turut mengikut kerjaya bapanya sebagai pemandu lori untuk membantu keluarganya.

    Menariknya, keluarga ini tinggal dalam sebuah rumah yang memiliki tujuh bilik tidur dengan anak-anak kecil tidur berasingan dengan ibu masing-masing. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 70 Tahun, Enam Isteri dan 54 Anak "