• 10,979 Premis Perniagaan Diambil Tindakan

    Published: Tuesday, 18 April 2017
    A- A+

    KAJANG: Sebanyak 793,279 premis perniagaan di seluruh negara diperiksa sepanjang tahun lalu membabitkan nilai rampasan berjumlah lebih RM59 juta.

    Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, daripada pemeriksaan itu 10,979 kes diambil tindakan.

    "Dalam tempoh yang sama juga, KPDNKK berjaya memungut kompaun berjumlah RM2.8 juta manakala denda adalah sebanyak RM6.158 juta.

    "Selain itu, KPDNKK juga menerima 19,553 aduan dan sebahagian besarnya sudah disiasat dan berjaya diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penguatkuasa KPDNKK ke-45 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.

    Majlis perasmian disempurnakan Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 10,979 Premis Perniagaan Diambil Tindakan "