• 100 Ambulans Dihantar Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan

    Published: Thursday, 20 April 2017
    A- A+

    SEPANG - Sebanyak 100 buah ambulans dihantar ke Syria melalui program Konvoi Perpaduan Ambulans untuk Syria bagi membantu rakyat negara tersebut.

    Ketua Misi tersebut, Mohamed Muaz Mohamed Ruslan, 28, berkata, sebanyak tujuh daripada jumlah ambulans itu merupakan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang bernilai RM700,000.

    “Semua ambulans ini akan dihantar ke bandar Idlib, Syria kawasan serangan gas sarin yang mengorbankan lebih 70 rakyat negara tersebut.

    “Antara negara lain yang terlibat dalam menjayakan misi ini ialah United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman dan Indonesia,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, sebelum berlepas ke United Kingdom.

    Konvoi anjuran Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) itu disertai oleh seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berumur antara 19 hingga 35 tahun.

    Menurut Mohamad Muaz, semua peserta akan berangkat ke United Kingdom hari ini sebelum bertolak ke Syria melalui jalan darat dengan memandu ambulans tersebut. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " 100 Ambulans Dihantar Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan "