Wanita Berisiko Sawan Hilang Di Hutan

gambar hiasan

MARUDI: Seorang wanita berusia 52 tahun penghidap penyakit sawan dan mudah pengsan dikhuatiri hilang dalam hutan di Kampung Benawa di sini sejak semalam.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, mangsa dikenali Habibah Meran sangat berisiko diserang penyakit yang dihadapinya dilaporkan tidak kembali ke rumah selepas keluar.

“ Sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi sejurus laporan diterima daripada pihak polis.

“Gerakan mencari dan mengesan mangsa dijalankan bermula jam 7 pagi tadi di lokasi terletak 60 kilometer yang hanya dihubungkan melalui sebatang sungai ,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, gerakan mencari dan menyelamat mangsa masih lagi diteruskan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA