• Rangka Wanita Dalam Rumah Pusaka

    Published: Tuesday, 21 March 2017
    A- A+

    IPOH: Rangka manusia yang dipercayai wanita yang meninggal dunia antara lapan bulan hingga setahun lalu, ditemui dalam sebuah rumah di Batu 8, Ulu Kinta di sini, semalam.

    Rangka berkenaan ditemui sekumpulan pekerja yang datang untuk mencuci rumah pusaka itu, kira-kira 12 tengah hari.

    Menurut sumber, rangka berkenaan dipercayai seorang wanita dan ditemui dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

    Katanya, mangsa yang dipercayai meninggal dunia antara lapan bulan hingga setahun lalu itu, dipercayai tinggal berseorangan di rumah berkenaan walaupun mempunyai adik beradik namun jarang berhubung.

    "Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti identiti mangsa dan bedah siasat akan dilakukan di HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun ) hari ini," katanya

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan kejadian itu.-HM

    Subjects:

  • No Comment to " Rangka Wanita Dalam Rumah Pusaka "