• Perselisihan G20 Jejas Pasaran Global

    Published: Tuesday, 21 March 2017
    A- A+
    Image result for Dow Jones

    NEW YORK: Saham seluruh dunia merudum selepas Menteri Kewangan G20, gagal mengulangi janji mengekalkan anti-perlindungan pasaran dipalit tekanan 'America First' yang dilaungkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. 

    Pasaran Asia dan Eropah mula berundur apabila pelabur mula melaksanakan aktiviti pengambilan untung sejak minggu lalu dan beralih kepada aset lindung nilai. Saham Wall Street kebanyakannya berakhir rendah. 

    Sepanjang rundingan hujung minggu, dunia mula terjejas dengan sumpahan awal Trump apabila G20 gagal mendapatkan persetujuan Washington untuk berikrar menolak dasar perlindungan menerusi satu majlis tertutup - yang seharusnya menjadi adat kebiasaan G20 sejak krisis kewangan global. 

    Komitmen menyokong sistem dagangan pelbagai hala sedia ada termasuk menerusi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), turut pudar daripada ucaptama menteri kewangan ketika pembukaan mesyuarat yang dihadiri wakil ekonomi dan bank negara bagi 20 kuasa ekonomi utama dunia yang berlangsung di Baden-Baden, Jerman. 

    "Pasaran ekuiti Eropah memulakan minggu dengan sentimen yang penuh berisiko selepas kenyataan G20 jelas mencerminkan pendirian AS yang berdegil melaksanakan langkah perlindungan dagangan, " kata Penganalisis London Capital Group, Ipek Ozkardeskaya. 

    Langkah itu dijejaki oleh amaran Trump untuk mengenakan levi dan mengkaji semula persetujuan dagangan yang didakwanya sebagai tidak adil kepada AS. AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Perselisihan G20 Jejas Pasaran Global "