Pembangunan Di Sarawak Bukan 'Sinetron'


Pembangunan di Sarawak bukan boleh dilaksanakan dalam sekelip mata kerana pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk hak rakyat dan kos.

Sekurang-kurangnya kerajaan negeri sudah mempunyai perancangan untuk melaksanakan projek pembangunan yang berpotensi walaupun memerlukan masa.

Namun ada pihak yang beranggapan pembangunan dilaksanakan kerajaan negeri hanya 'sinetron' kerana setiap projek memerlukan perancangan.

Perkara seperti ini lebih kepada mengelirukan rakyat terutama pihak pembangkang yang hanya tahu berpolitik sepanjang masa.

Sepatutnya apa yang dicakapkan pembangkang adalah 'sinetron' kerana tiada tindakan yang dilakukan.

Persoalan kini apakah pembangunan yang dilaksanakan pembangkang?

Tiada pembangunan kekal yang dilaksanakan di negeri di bawah pembangkang kerana apa yang dicakapkan hanya retorik dan dusta.

Inilah kesannya apabila terlalu percaya dengan pembangkang. Tidak akan ada pembangunan di bawah mereka.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA