• Koma Selepas Ragut & Rogol Atlet Karate

    Published: Monday, 6 March 2017
    A- A+

    Image result for Rape

    KOTA KINABALU: Seorang wanita bertindak berani dengan menyerang dua lelaki bersenjatakan pisau yang hendak meragut dan merogolnya dalam insiden yang berlaku malam Sabtu lepas.

    Memetik Sabah Media Berhad (SMB), mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dan memandu seorang diri sebelum memberhentikan kenderaan kerana diekori dua inidividu menggunakan motosikal.

    Dua individu tidak dikenali itu segera mengarahkan mangsa membuka cermin dan mangsa tanpa ragu-ragu keluar dari kereta.

    Salah seorang suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan wang dan menarik mangsa ke dalam semak.

    Wanita yang merupakan atlet karate Sabah bertindak berani melawan kedua-dua suspek yang hendak meragut dan merogolnya.

    Menurut sumber, kedua-dua suspek kini berada dalam keadaan koma.-Sarawakiana







    Subjects:

  • No Comment to " Koma Selepas Ragut & Rogol Atlet Karate "