• Warga Emas Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Lundu

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Warga emas yang dilaporkan hilang selepas pergi kebun Isnin lalu ditemui meninggal dunia pagi tadi.

    Mangsa Lahong Akan, 77 ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Sebako jam 8.40 pagi tadi.

    Menurut jurucakap bomba, anggota SAR menemui mangsa di kawasan sungai, kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Warga Emas Hilang Ditemui Meninggal Dunia Di Lundu "