• Wanita Hanya Bergantung Cahaya Matahari Maut

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+


    Seorang wanita maut akibat kebuluran selepas mengambil keputusan untuk tidak makan dan minum, sebaliknya hanya bergantung kepada cahaya matahari semata-mata.

    Wanita yang berasal dari Switzerland itu, yang berusia dalam lingkungan 50-an, berbuat demikian selepas menonton dokumentari bertajuk ‘In the Beginning, There Was Light’ yang memaparkan bagaimana seorang ‘guru; mendakwa tidak makan apa-apapun selama 70 tahun.

    Identiti wanita terbabit bagaimanapun tidak didedahkan.

    Akhbar Tages-Anzeiger melaporkan keadaan sama berlaku di Jerman, Britain dan Australia yang melibatkan kebuluran diri sendiri.

    Pada 1999, Verity Linn, 49, dari Australia ditemui mati kerana tidak makan dan minum selama 21 hari.

    Tulisan dalam diarinya menyatakan dia enggan makan dan minum kerana percaya perbuatan itu akan dapat membersihkan jiwanya selain memberikan tenaga semula kepada fizikal dan mentalnya.


    – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Wanita Hanya Bergantung Cahaya Matahari Maut "