RM20 Juta Bangun Taman Perindustrian Tanjong Datu


LUNDU: Bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah meluluskan kos sebanyak RM20 juta bagi melestarikan perlaksanaan Taman Perindustrian Tanjong Datu di sini.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, dibawah Rancangan Malaysia ke 11(RMK11) kerajaan akan membangunkan kawasan perindustrian Tanjong Datu seluas 50 ekar.

“Bagi Fasa Pertama, kerajaan akan membangunkan kawasan seluas 32 ekar dan seandainya terdapat permintaan tinggi daripada para usahawan, kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambah keluasan kawasan perindustrian ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemerkasaan Usahawan di Dewan Masyarakat Lundu hari ini.

Menurutnya, perlaksanaan kawasan perindustrian tersebut adalah bagi menangani masalah kekurangan kawasan perindustrian seterusnya ia adalah bagi menampung keperluan pengusaha tempatan.

Beliau menyeru agar para usahawan bijak mencari peluang pasaran yang lebih besar bagi memasarkan dan mengeksport barangan keluaran mereka ke pasaran luar.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA