• Rahsia Terbongkar Sebelum Dibedah

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+

    MIRI: Rahsia seorang wanita cuba menyembunyikan syabu di dalam colinya terbongkar ketika dia menerima rawatan di Hospital Miri.

    Wanita Indonesia berusia 26 thn berkenaan menerima rawatan di hospital jam 10.44 malam semalam kerana mengandung luar rahim, jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Miri Superitendan Stannley Jonathan Ringgit.

    Pihak hospital meminta wanita tersebut menanggalkan pakaiannya dan menggantikan pakaian hospital sebelum pembedahan terhadap kandungannya dilakukan.

    Sebaik wanita terbabit menanggalkan pakaian, pihak hospital menjumpai lapan paket dadah jenis syabu seberat 30.6 gram disembunyikan pada coli yang dipakainya.

    Susulan penemuan bahan terlarang berkenaan, pihak hospital melaporkan kejadian kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

    Wanita tersebut masih menerima rawatan di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya. - DL
  • No Comment to " Rahsia Terbongkar Sebelum Dibedah "