• #PRKTjgDatu : Yakin Pada BN, Isu Tanah Mampu Di selesaikan

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+


    SUNGAI LIMO : Kehadiran ramai penduduk kawasan Kampung Sungai Limo membuktikan mereka yakin terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah berkaitan tanah yang dihadapi penduduk.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, isu tanah memang sudah diketahui menjadi isu utama bila setiap kali pilihanraya diadakan.

    "Bermula dari tahun 70'an isu tanah dibangkitkan sehingga keadaan menjadi kucar kacir.

    "Tapi bila kita cuba mendapat pandangan tentang cara penyelesaian, pembangkang tidak mempunyai idea penyelesaian," katanya ketika hadir Program Bersama Pemimpin di sini sebentar tadi.

    Menurut Uggah, bagaimana rakyat hendak mempercayai pembangkang, sedangkan pembangkang tiada jalan penyelesaian.

    "Maka saya dipihak kerajaan BN telah di amanahkan untuk menubuh satu komiti yang mencari jalan penyelesaian Pulau Galau, Pemakai Menoa dan NCR untuk rakyat.

    "Berkenaan isu pajakan sementara (PL) kepada syarikat, kerajaan akan meneliti hal berkenaan dan Ketua Menteru sudah mengarah siasatan dilakukan," ujarnya.

    Uggah menambah, isu tanah ini akan diselesaikan seperti apa yang telah Abang Johari umumkan di Sampadi dua hari lepas dan rakyat akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan Barisan Nasional. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : Yakin Pada BN, Isu Tanah Mampu Di selesaikan "