#PrkTjgDatu Uggah Yakin BN Menang Besar



LUNDU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yakin Barisan Nasional (BN) yang diwakili Datuk Amar Jamilah Anu mampu menang besar pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu 18 Feb ini.

Beliau berkata BN akan dapat mengekalkan kerusi di Tanjong Datu dan tidak mustahil majoriti BN akan bertambah memandangkan sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu, Adenan telah memperlihatkan keprihatinannya dengan menyelesaikan masalah yang mencengkam penduduk.

“Kak Milah amat dekat di hati pengundi di Tanjong Datu ini dan merupakan calon BN yang paling popular di kalangan pengundi kawasan Tanjong Datu,” katanya

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita sejurus Program Tranfomasi Komuniti Masyarakat Nelayan di Dewan Masyarakat Kampung Stunggang Melayu di sini sebentar tadi.

Unggah berharap pengundi Tanjong Datu keluar beramai-ramai pada hari pengundian 18 Februari ini untuk memberi sokongan penuh kepada BN.

Pada PRK ini, Jamilah dicabar oleh dua calon lain iaitu calon dari Sarawak Reform Party (Star), Johnny Aput dan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Rapelson Richard Hamit.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA