• #PrkTjgDatu: Tinggal 2 Hari, Rapelson Masih Gagal Yakinkan Pengundi

    Published: Thursday, 16 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

    Itulah yang dapat diperkatakan dengan apa yang berlaku kepada calon Parti Bansa Dayak Sarawak Bersatu Baru (PBDSB), Rapelson Richard Hamit pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.3 Tanjong Datu.

    Tidak seperti Barisan Nasional, calon PBDSB hanya menggunakan sebuah pikap yang dipasang bendera parti untuk bergerak di kawasan dan mempromosikan parti mereka.

    Sekali sekala akan terserempak dengan pikap tersebut di Pekan Lundu.

    “Saya pernah berborak dengan calon PBDSB,” kata seorang penduduk berbangsa Selako.

    “Dari perbualan ringkas kami, saya dapat simpulkan bahawa mereka tidak mempunyai asas perjuangan sebenar.

    “Dari sudut yang lain, saya melihat kehadiran mereka hanyalah sekadar untuk memeriahkan suasana pertandingan perebutan kerusi walaupun hakikatnya mereka pasti gagal,” tambahnya.

    “Lebih teruk lagi, Rapelson seperti katak. Dia melompat dari parti ke parti semata-mata untuk mengejar cita-cita politiknya,” ujarnya.

    Untuk lebih memburukkan keadaan, kenyataan Rapelson untuk membayar semula semua wang bantuan yang diterimanya selama ini, sekiranya menang dilihat sebagai kenyataan yang kebudak-budakan dan amat terdesak. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Tinggal 2 Hari, Rapelson Masih Gagal Yakinkan Pengundi "