• #PrkTjgDatu : Tanjong Datu Catat Sejarah; Pembangkang Tiada Ceramah Umum

    Published: Thursday, 16 February 2017
    A- A+


    Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu mencatat sejarah menarik sepanjang tempoh berkempen apabila tiada sebarang ceramah umum dibuat pihak pembangkang bagi mengugat sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

    Kebiasaannya parti-parti politik pembangkang menjadikan ceramah umum sebagai kaedah paling ampuh bagi menarik sokongan atau audien terutamanya golongan muda dan pengundi atas pagar.

    Siapa saja yang mengikuti kempen PRK Tanjong Datu pasti mengakui inilah pilihanraya yang paling unik dan bersejarah kerana tiada sebarang kempen provikatif, tuduh menuduh mahupun insiden yang kurang disenangi rakyat.

    Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong mengesahkah tiada sebarang laporan polis oleh mana-mana pihak sepanjang PRK ini.

    Menurut Wong, setakat ini tiada permit untuk tujuan ceramah dipohon oleh pihak pembangkang.

    "Setakat ini kita belum terima permohonan permit kempen daripada dua lagi calon. Hanya BN yang memohon permit kempen setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Rakyat Tanjong Datu wajar berbangga kerana tercatat sebagai pilihanraya paling aman dalam Sejarah.

    PRK Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datuk Amar Jamilah Anu calon Barisan Nasional (BN), Rapelson Richard Hamid dari Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Johnny Aput dari Parti Reformasi Negeri (STAR).

    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

    Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu : Tanjong Datu Catat Sejarah; Pembangkang Tiada Ceramah Umum "