#PRKTjgDatu : Takut Tuhan, Rasuah Terus Dibenteras




Isu rasuah merupakan masalah terbesar sesebuah negara memerlukan perhatian serius dan tindakan pembenterasan yang drastik perlu dilakukan oleh pemimpin.

Yang menarik ialah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak terus memberi penekanan bahawa rasuah perlu dibenteras di Sarawak.

Antara inisiatif kepimpinan Sarawak ialah membuat ikrar intergriti di kalangan pemimpin Sarawak bahawa membenteras rasuah bermula dari pemimpin.

Komitmen Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam isu berkenaan membuktikan beliau mahu semua pemimpin Kerajaan Barisan Nasional Sarawak bebas daripada mengamalkan rasuah dalam kepimpinan.

Malah Abang Johari tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemimpin jika didapati terlibat dengan rasuah. Apa yang menjadi prinsip Abang Johari ialah beliau takut kepada Tuhan jika sesuatu penyelewangan berlaku dalam kepimpinan beliau terutama membabitkan amalan rasuah.

Hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan ikrar intergriti untuk membenteras rasuah dan beliau turut menyentuh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng tidak berani melakukan ikrar intergriti.

Ternyata kerajaan Sarawak begitu tegas dalam isu rasuah dan bertindak melalui contoh bahawa pemimpin perlu menjauhi aktiviti rasuah terlebih dahulu. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA