• #PRKTjgDatu : STAR Tiada Peluang Memasuki Kampung

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+


    LUNDU : Kempen Parti Reformasi Negeri (STAR) menghadapi kesukaran untuk memasuki kawasan kampung.

    Presiden STAR Lina Soo berkata, beliau mengakui Barisan Nasional (BN) begitu kuat sehingga menyebabkan mereka tidak diterima.

    "Ini kerana BN mempunyai kelengkapan dan jentera yang ramai membantu kempen," katanya.

    Menurut Lina, pergerakan kempen BN seolah menyekat pergerakan STAR untuk menembusi kampung-kampung di Tanjong Datu.

    Beliau bagaimana pun menjelaskan, kempen yang mereka lakukan tidak hanya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, malah mereka mempunyai perancangan masa depan yang lebih besar. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : STAR Tiada Peluang Memasuki Kampung "