#PRKTjgDatu: STAR Jadikan Restoran Sugar Bun Pusat Kempen




Kebiasaannya setiap pilihanraya sudah pasti parti-parti politik mempunyai bilik gerakan tersendiri untuk melancarkan kempen masing-masing. Tujuannya memudahkan urusan pengagihan bahan kempen, pembahagian tugas dan tumpuan media.

Pusat pergerakan Barisan Nasional memang mudah untuk dikenalpasti pusat pergerakannya kerana pejabat atau pusat tersebut mudah untuk dikesan.

Namun pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, parti pembangkang terutama Parti Reformasi Negeri (STAR) hanya menjadikan restoran Sugar Bun sebagai pusat pergerakan kempen.

Tidak pula kelihatan calon bergerak ke kawasan untuk berkempen dan mereka hanya sekadar mengadakan sidang media untuk menyebar kempen mereka.

Lagi pun STAR tidak memiliki bendera ataupun poster untuk memperkenalkan calon dan lebih menggunakan media sebagai medium penyebaran bahan kempen.

Apa pun yang berlaku, pembangkang STAR tidak berkempen seperti biasa kerana mereka hanya menggunakan restoran Sugar Bun sebagai bilik gerakan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA