• #PRKTjgDatu : STAR Berkempen Agih Risalah Sekitar Pekan Lundu

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+


    Parti Reformasi Negeri (STAR) mula keluar dari markas kempen restoran Sugar Bun Lundu pada hari terakhir dengan mengagih risalah kepada penduduk yang berada di Pekan Lundu.

    Pasukan gerakan kempen STAR beserta calon Johnny Bob Aput mengelilingi pekan sambil berjumpa penduduk yang sedang membeli belah, kedai kopi dan sebagainya.

    Mereka edar risalah berkaitan manifesto yang telah dilancarkan seminggu yang lepas dan menerangkan serba sedikit apa yang berkaitan tentang manifesto kepada penduduk.

    Yang menariknya, Johnny sempat memberitahu kepada penduduk bahawa dalam risalah tersebut ada wajah beliau yang asli. Tengok wajah beliau maka undilah beliau. Hanya itu intipati kempen edar risalah STAR di Pekan Lundu.

    Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu akan menyaksikan pengundi akan turun mengundi pada keesokan hari bertarikh 18 Februari dan masa pusat mengundi dibuka pada jam lapan pagi hingga lima petang.

    Pengundi disaran turun beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab yang akan menentukan arah pembangunan Tanjong Datu pada masa hadapan. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : STAR Berkempen Agih Risalah Sekitar Pekan Lundu "