• #PRKTjgDatu: SRB Chung Hua Lundu Bersedia Sebagai Pusat Membuang Undi

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+



    Sekolah Rendah Bantuan Chung Hua Lundu siap sedia menerima pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu pada kali ini.

    Hasil tinjauan mendapati persedian sebagai pusat mengundi sudah menepati standard pilihanraya.

    Terdapat papan tanda penunjuk arah bagi memudahkan pengundi mendaftar dan mengetahui saluran undi masing-masing.


    Dari segi kekemasan, ia telah disusun atur dengan rapi dan mudah bagi pengundi mengenal pasti bahagian penting dengan mudah.

    Bagi pengundi yang kurang berupaya, kerusi roda disediakan dan petugas pilihanraya akan membantu dalam apa jua keadaan sekalipun.

    Kini, pusat mengundi SRB Chung Hua lengkap untuk menerima kehadiran pengundi yang dijangka akan menjadi pusat mengundi yang paling sibuk di Tanjong Datu esok. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu: SRB Chung Hua Lundu Bersedia Sebagai Pusat Membuang Undi "