• #PrkTjgDatu: SPR Bersedia Sepenuhnya, 25 Peti undi Selesai Diperiksa

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+



    LUNDU: Kesemua 25 peti undi telah diperiksa dan boleh digunakan untuk hari pengundian esok (18 Februari).

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sebuah peti undi dibawa ke Teluk Melano.

    Menurut, petugas SPR akan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sekitar 2 petang hari ini.

    "Mereka akan melalui jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sematan -Teluk Melano dan tidak dibenarkan menggunakan bot susulan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan," katanya.

    Beliau menambah, pemeriksaan dibuat bagi memastikan semua peralatan yang akan digunakan esok lengkap.

    "Hari ini kita memeriksa semua peralatan yang akan digunakan esok," ujarnya.

    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.3 Tanjong Datu kosong berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari lepas.

    Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) tahun lalu, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu dengan kemenangan selesa, majoriti undi 6,360 mengatasi calon PKR Jazolkipli Numan yang hanya meraih 468 undi.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh hari mengundi bagi PRK Tanjong Datu pada 18 Februari. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " #PrkTjgDatu: SPR Bersedia Sepenuhnya, 25 Peti undi Selesai Diperiksa "