#PrkTjgDatu : Sokongan Kepada Kak Milah Semakin Meningkat


18 Februari 2017 tanggal penting buat pengundi berdaftar untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu bagi memilih calon yang akan menjadi wakil rakyat kawasan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Melalui kajian rambang ke beberapa buah kampung di sekitar kawasan Tanjong Datu, kesemuanya memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional Datuk Amar Jamilah Anu.

Antara alasan kukuh kenapa mereka memilih Kak Milah ialah, beliau lebih mengenali penduduk dan faham masalah kawasan.

Ada juga yang memberi pandangan bahawa Barisan Nasional mampu menyelesai masalah kawasan dan rakyat tanpa memilih kaum dan agama.

Ditanya mengenai kehadiran pembangkang, semuanya menyatakan tidak begitu mengenali calon termasuk calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru walaupun isteri beliau berasal dari Kampung Temelan Lundu.

Mereka menyatakan sukar untuk memberi undi kepada pembangkang kerana perjuangan mereka tidak konsisten dan masih kabur walaupun membangkitkan isu pemakai menoa, pulau galau dan NCR.

Apa yang istimewa kepada Kak Milah ialah tidak kekok bermesra dengan penduduk walaupun penduduk masih dalam keadaan tidak bersedia dalam pemakaian. Baru balik dari kebun pun Kak Milah sanggup bersalam dan memeluk mereka ketika Allahyarham Tok Nan datang melawat kawasan.

Malah bagi masyarakat cina, jasa Tok Nan memberi mereka peringatan dan terus menyokong Kak Milah.

Apa yang dapat diperkatakan ialah, sokongan kepada Kak Milah semakin meningkat di akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA