#PrkTjgDatu: Sejarah Pekan Lundu Sempena Nama Ikan



Pekan Lundu adalah sebuah pusat pentadbiran kawasan Tanjong Datu yang semakin pesat membangun. Pekan ini mempunyai pusat pelancongan yang begitu menarik kerana mempunyai dua produk pelancongan seperti pantai dan gunung, selain makanan laut.

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak sudah merangka plan yang akan mengangkat Lundu ke peringkat antarabangsa dalam sektor pelancongan.

Terdapat berbagai versi cerita berkaitan asal usul kewujudan penempatan bernama Lundu. Semua versi tersebut mengesahkan nama Pekan Lundu adalah berasal daripada nama ikan, yakni ikan Lundu atau Keting.

Ada versi menceritakan penghijrahan awal penduduk menemui penempatan ini tentang kisah penduduk sedang berehat di tepi sungai yang sedang menghadapi kelaparan yang teramat sangat.

Dalam kumpulan tersebut ada individu yang cuba mencari jalan untuk mencari makanan. Beliau mencari rotan dan meraut halus untuk menjadikan ia sebagai benang pancing. Sebagai mata pancing, beliau menggunakan duri nibong disemat kukuh dihujung rotan yang halus.

Apa yang menjadi masalah, apabila beliau tidak menjumpai bahan untuk dijadikan umpan. Dengan bertawakal beliau cuba juga memancing dan mengharap ikan akan mengena pancing dan bolehlah dijadikan makanan untuk mengalas perut.

Tanpa beliau jangka, tidak sampai lima detik pancing beliau mengena dan dengan perasaan penuh gembira beliau menarik pancing. Bila benang yang diperbuat daripada rotan sudah naik ke daratan, satu perkara tidak disangka berlaku.

Sepanjang benang yang berendam dalam air tersangkut ikan lundu yang begitu banyak walaupun tidak terdapat duri nibong pada benang dan pancing tersebut tidak mengguna umpan. Dengan sekali pancing sahaja kumpulan yang berhijrah tadi dapat makan dan berasa kenyang.

Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menetap di kawasan tersebut dan menamakan tempat tersebut sempena nama ikan Lundu. Sehingga hari ini terus terpahat nama Lundu dan Lundu terus membangun menjadi sebuah pekan.

Terdapat banyak lagi versi sempena nama ikan lundu dan apa yang pasti nama Pekan Lundu diambil daripada nama ikan Lundu.

Hari ini Pekan Lundu terus dilimpahi pembangunan di bawah kerajaan yang benar-benar memberi perhatian kepada Lundu.

Rakyatnya turut dilimpahi dengan pembangunan yang menjurus kepada ekonomi dan Lundu kini berkembang dalam pelbagai aspek pembangunan. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA