• #PRKTjgDatu: Sambutan Dingin, Kempen Tetap Diteruskan

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+


    LUNDU : Parti Reformasi Negeri (STAR) tetap meneruskan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu walaupun berdepan sambutan agak dingin, malah awal-awal lagi ramai menjangkakan STAR akan tewas.

    Presiden STAR Lina Soo berkata, sebaik sahaja STAR mendaftar calon di PRK Tanjong Datu, bermakna mereka serius untuk mendapat kemenangan.

    "Dari segi realitinya, mungkin keputusan tidak memihak kepada kami tetapi 'berjuang terus berjuang' adalah prinsip kami.

    "Matlamatnya kami akan memberi mesej kepada rakyat dan kerajaan tentang perjuangan kami," katanya pada sidang media hari ini.

    Lina berkata, mungkin keputusan kali ini tidak memihak kepada STAR, tetapi pada pilihanraya akan datang perjuangan parti itu akan diterima pengundi. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu: Sambutan Dingin, Kempen Tetap Diteruskan "