• #PRKTjgDatu: Rohani Tidak Perlu Pertikai Hak Rakyat

    Published: Monday, 13 February 2017
    A- A+


    LUNDU: Calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit hari ini membidas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang mempersoal tindakannya bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

    Menurut Rapelson, beliau terpanggil menjawab kritikan yang membabitkan dirinya yang merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atas kekurangan fizikal.

    "Rohani perlu peka wang bantuan tersebut bukan wang Barisan Nasional (BN) dan ia adalah wang rakyat.

    "Rohani menggunakan pendekatan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan masyarakat tidak mempersoalkan tentang saya sebagai calon.

    "Saya akan membayar balik setiap bantuan yang saya dapat sekiranya saya menang dan menjadi wakil rakyat.

    "Saya berkelayakan kerana saya mempunyai ijazah yang tidak membataskan saya menjadi calon pilihanraya," katanya.

    Rapelson berkata, parti dan kerajaan adalah sesuatu yang berbeza dan kenapa seorang bertaraf menteri membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu: Rohani Tidak Perlu Pertikai Hak Rakyat "