#PrkTjgDatu : RM300 Ribu Naiktaraf SJKC Chung Hua Lundu



LUNDU : Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hua akan menerima peruntukkan dari kerajaan negeri sebanyak RM300 ribu bagi menaiktaraf prasarana sekolah tersebut.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumum peruntukkan tersebut ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina di Dewan sekolah tersebut semalam.

"Saya bersetuju peruntukkan diberi memandang sekolah tersebut perlu dinaiktaraf atas peningkatan pelajar sekolah saban tahun.

"Kerajaan negeri tetap memberi perhatian kepada sekolah Cina kerana kita tahu kaum Cina mengutamakan pelajaran untuk melihat generasi akan datang berjaya," katanya.

Pada masa sama Abang Johari mengumumkan penambahan RM1 juta peruntukan untuk seluruh sekolah cina menjadikan ia berjumlah RM6 juta tahun ini. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA