• #PrkTjgDatu: "Rapelson Tiada Pendirian Tetap" -Awang Tengah

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan menyifatkan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB ) Repelson Richard Hamit sebagai seorang individu yang tidak mempunyai pendirian yang tetap.

    Beliau berkata, ini kerana pada Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN 11) lalu Repelson merupakan calon Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong menentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Haji Mohd Noroden Majais dari Barisan Nasional (BN).

    “Repelson tidak berpendirian tetap kerana melompat parti adalah merupakan perkara biasa baginya,” ujarnya ketika berucap pada Program Pemerkasaan Usahawan : Industri Makanan Daerah Lundu di sini hari ini.

    Awang Tengah berharap semua rakyat Tanjong Datu keluar mengundi pada 18 Februari ini dan memilih calon BN Datuk Amar Jamilah Anu kerana beliau merupakan calon yang amat dekat dihati rakyat sama seperti Allahyarham Tok Nan.

    "Kak Milah mampu membawa lebih banyak lagi pembangunan bagi kawasan Tanjong Datu amnya, kerana beliau lebih tahu apa yang diinginkan rakyat seterusnya menyambung legasi Allahyarham suaminya Bekas Ketua Menteri Sarawak yang kita kasihi," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu: "Rapelson Tiada Pendirian Tetap" -Awang Tengah "