• #PrkTjgDatu: Program Guru Aktif & Guru Muda 1Malaysia Rapatkan Barisan Guru

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Program Guru Aktif dan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) dilaksanakan dengan tujuan merapatkan perpaduan barisan guru di seluruh negara.

    ”Saya memilih untuk memberi keutamaan dengan bersungguh-sungguh melindungi profesion keguruan, mengambil daya usaha secara berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka dan komited menjaga kebajikan warga pendidik,” kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

    ”Ia merupakan tiang utama jika kita ingin melihat Keberhasilan Transformasi Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Seri Pakma, SMK Lundu semalam.

    Menurutnya, untuk mencapai hasrat tersebut, keakraban sosial di antara pembuat dasar dan juga dasar perlu dipertingkatkan menerusi wadah yang sesuai dengan fitrah profesionalisme keguruan negara.

    ”Guru seharusnya tidak boleh membenarkan diri mereka terjebak dengan polemik maklumat yang sering tersebar khususnya menerusi media sosial.

    ”Guru merupakan golongan bijak pandai tentu boleh menilai sesuatu maklumat sama ada benar atau palsu serta tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur atau elemen negatif yang boleh mengancam profesionalisme, pemikiran dan dedikasi mereka,” tegas beliau lagi.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Program Guru Aktif & Guru Muda 1Malaysia Rapatkan Barisan Guru "