#PrkTjgDatu : Poster Saya Bukan "Politik Wang" - Johnny



Walaupun perang poster atau bendera kurang menyerlah daripada pihak pembangkang sebelum ini, tiga hari terakhir sebelum mengundi, Parti Reformasi Negeri (STAR) mula mewarnai kempen perang bendera dan poster di Pekan Lundu.

Jelaslah STAR tidak seperti apa yang dinyatakan sebelumnya. STAR pernah membuat kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) menggantung poster dan bendera seumpama menggunakan politik wang.

Bak kata pepatah 'Meludah ke langit terkena muka sendiri'. Begitulah yang berlaku terhadap STAR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Akhirnya mereka memasang bendera di Tanjong Datu untuk memberi cabaran kepada BN namun netizen mula mempersoal adakah STAR turut menggunakan politik wang sepertimana tuduhan mereka terhadap BN sebelum ini.

Malah STAR pernah memohon sumbangan derma daripada rakyat untuk menampung pergerakan politik mereka. Mereka sertakan sekali nombor akaun Maybank Johnny Bob Aput calon yang bertanding pada PRK Tanjong Datu.

Sekali lagi netizen mempersoal bahawa STAR menggunakan wang derma rakyat untuk kempen memacak bendera.

Apa yang pasti, STAR sudah lupa apa yang dinyatakan dan akhirnya mereka turut memacak bendera sebagai cara berkempen pada hari hari akhir kempen. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA