• #PrkTjgDatu: Pilihan Raya Paling Aman Dan Damai

    Published: Thursday, 16 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Tanjong Datu adalah pilihan raya paling aman dan damai setakat hari ke 13 berkempen.

    Menurutnya, sehingga hari ini tiada laporan polis melibatkan kesalahan kempen seperti menganggu keamanan, ugutan terhadap calon selain merosakkan poster dan bendera calon-calon parti bertanding.

    Jelasnya, sepanjang tempoh berkempen ini parti pembangkang langsung tidak mengemukakan permohonan permit untuk mengadakan ceramah dan aktiviti kempen.

    " Hanya calon BN yang memohon dan pihak kami telah meluluskan serta mengeluarkan sebanyak 76 permit untuk parti berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 680 anggota polis akan dikerah bertugas pada hari mengundi 18 Februari (Sabtu) ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Pilihan Raya Paling Aman Dan Damai "