• #PRKTjgDatu : Pengundi Guna Bas Ke Pusat Mengundi

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+


    Untuk mengelak kesesakan pada hari mengundi, beberapa buah kampung akan mengguna bas sebagai kenderaan untuk ke pusat mengundi.

    Inisiatif tersebut adalah idea pemimpin masyarakat kampung-kampung di Tanjong Datu untuk memudahkan penduduk mengundi dan tidak perlu mengguna kenderaan sendiri.

    Dengan ini pengundi tidak terbeban dengan kos yang tinggi hanya kerana memangkah satu kertas undi.

    Pada masa sama, isu penduduk tidak turun mengundi tidak akan timbul. Dengan adanya pengangkutan disediakan, ia memudahkan pengundi.

    Idea pemimpin masyarakat tersebut dapat meningkatkan jumlah pengundi dan berkemungkinan PRK Tanjong Datu akan mencatat jumlah pengundi yang terbanyak. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : Pengundi Guna Bas Ke Pusat Mengundi "