• #PrkTjgDatu : Pemilik Motosikal Merasa Selamat Di Pekan Lundu

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+

    Pekan Lundu mempunyai kelengkapan serta infrastruktur yang menyerupai bandar-bandar di seluruh Sarawak.

    Yang menariknya adalah palang keselamatan meletak motosikal di Pekan Lundu. Mungkin di bandar lain masih tidak mempunyai kelengkapan keselamatan sedemikian rupa.

    Di Lundu, pemilik motosikal merasa selamat apabila meletak motosikal jika hendak membeli belah.

    Ini kerana Lundu menyediakan palang serta rantai untuk mengunci motosikal bagi mengelak kecurian motosikal berlaku.

    Setiap ceruk Pekan Lundu memiliki keselamatan sedemikian dan memudahkan pemilik motosikal meletak dalam tempoh masa yang panjang.

    Pemilik hanya perlu membawa alat kunci sendiri kerana palang keselamatan sudah mempunyai rantai untuk menjadi alat keselamatan.

    Benda sebegini ramai yang terlepas pandang bahawa Lundu menjanjikan keselamatan kepada pemilik motosikal.

    Syabas Majlis Daerah Lundu kerana perihatin terhadap pemilik motosikal yang sering terdedah dengan kes kecurian motosikal. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu : Pemilik Motosikal Merasa Selamat Di Pekan Lundu "