• #PrkTjgDatu: Pembangkang Sengaja Tabur Fitnah Terhadap Kepimpinan Kerajaan BN-Hamzah

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Pembangkang hanya tahu menabur fitnah dan memburukkan kerajaan dibawah kepimpinan Barisan Nasional (BN).

    Rakyat umumnya diseru supaya tidak mempercayai segala fitnah dan tohmahan yang sengaja dilemparkan pembangkang yang sengaja melahirkan rasa kebencian terhadap kepimpinan kerajaan BN.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato Hamzah Zainuddin berkata, mereka sentiasa memutar belitkan isu-isu dan menuding jari kepada pihak kerajaan walaupun usaha kerajaan adalah semata-mata untuk meringankan beban rakyat.

    "Sebagai contoh caj perkhidmatan untuk mendapatkan rawatan dihospital dan klinik kerajaan yang hanya mengenakan caj RM1 bagi mendapatkan ubat dan rawatan, itu pun mereka (pembangkang) tetap menyalahkan kerajaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian seminar keusahawanan dan Kepenggunaan lundu di Dewan Masyarakat Lundu semalam.

    Jelasnya, beliau bersyukur melihat sokongan penduduk di kawasan Tanjong Datu yang sentiasa menyokong kerajaan dibawah kepimpinan BN.

    Jesteru, Hamzah menyeru agar semua penduduk Tanjong Datu memilih calon BN Datuk Amar Jamilah Anu pada hari pengundian Sabtu ini dan menolak sekeras-kerasnya calon pembangkang -Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Pembangkang Sengaja Tabur Fitnah Terhadap Kepimpinan Kerajaan BN-Hamzah "