• #PrkTjgDatu: Pasukan Pembangkang Lintang Pukang Di Tanjong Datu

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+


    LUNDU: Memasuki hari ke sepuluh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N3 Tanjong Datu, pembangkang masih gagal menemui rentak yang kukuh untuk menarik pengundi.

    "Daripada pihak pembangkang, saya belum nampak sebarang isu kukuh yang dapat merubah nasib kami di Tanjong Datu.

    "Berbeza dengan pihak kerajaan, bermacam-macam penyelesaian diumumkan bersama pelbagai program dengan masyarakat," kata seorang penduduk tempatan.

    Tambahnya, "Bukan sekadar penyelesaian masalah, banyak projek baharu dan perancangan jangka pendek serta jangka panjang turut diumumkan."

    "Kehadiran Menteri Persekutuan membuktikan betapa eratnya hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat," jelasnya. -Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Pasukan Pembangkang Lintang Pukang Di Tanjong Datu "