#PRKTjgDatu : NCR, Pemakai Menoa Dan Pulau Galau Terjawab Di Tanjong Datu


Isu tanah yang melibatkan pemakai menoa dan pulau galau begitu sinonim bagi pembangkang pada setiap kali pilihanraya.

Pelbagai versi propaganda pembangkang cuba bangkitkan bagi mempengaruhi pengundi terutama Dayak untuk mendapat sokongan yang tinggi.

Mungkin ada hikmah Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu menghadapi pertandingan tiga penjuru. Pada awalnya pembangkang seperti DAP dan PKR bermain teka-teki sama ada bertanding atau tidak.

Tetapi kedua parti berkenaan menolak dan dua parti pembangkang tempatan menghantar calon untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional.

Yang pasti isu tanah tetap menjadi senjata untuk menyerang BN agar rakyat Tanjong Datu terpengaruh dan memberi undi kepada mereka.

Namun langkah pembangkang silap di Tanjong Datu. Isu tanah terjawab oleh BN dan penduduk meyakini langkah kerajaan menangani isu tersebut.

Pengumuman Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Sampadi menyebabkan langkah pembangkang mula goyah. Abang Johari bertindak mengarah Jabatan Tanah dan Servei menyukat semula tanah berkaitan dan penduduk diharuskan mengemuka butir-butir yang sahih untuk mendapat hak milik sah kerana kerajaan akan mengeluarkan geran hak milik kepada penduduk.

Ditambah pula dengan kenyataan Datuk Seri Stephen Rundi Utom Setiausaha Agung BN Sarawak bahawa pemimpin Dayak menubuh komiti bagi membincangkan penyelesaian kepada isu pemakai menoa dan pulau galau.

Oleh itu, Dayak diminta untuk menyokong hasil keputusan perbincangan komiti itu nanti kerana ia adalah sesuatu yang akan memberi hak kepada Dayak secara adil dan saksama tanpa melalui mahkamah.

Ini bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berfikir dan mencari jalan bagi kepentingan rakyat agar rakyat menikmati kehidupan selesa disamping memiliki tanah dengan syarat mengusaha tanah tersebut dan bukan menjual tanah.

Maka terjawab sudah isu pemakai menoa dan pulau galau mahupun NCR tanpa perlu bersusah payah naik turun mahkamah. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA