• #PRKTjgDatu: "Mak Pesan, Turun Ramai-Ramai Undi BN" - Azizul

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU : Azizul Anuar Adenan yang menyampai pesan Ibunya Datuk Amar Jamilah Anu meminta agar penduduk Kampung Sungai Lundu keluar beramai-ramai mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu sabtu ini.

    Menurut Azizul, ibunya berpesan agar penduduk di sini turun mengundi beramai-ramai pada 18 Februari nanti.

    "Mak pesan, turun beramai-ramai undi BN," katanya ketika berucap pada Program Randau Bersama Pemimpin di sini malam tadi.

    Azizul turut mengucap terima kasih kepada penduduk kerana sebelum ini memberi kepercayaan penuh kepada Ayahandanya Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas.

    "Kali ini berilah kepercayaan kepada mak saya untuk meneruskan perjuangannya di N3 Tanjong Datu," katanya

    Azizul juga mengingatkan penduduk agar berhati-hati dengan pujuk rayu pembangkang.

    "Jika pembangkang datang dan memberitahu penduduk bahawa mereka pasti hilang deposit, maka pembangkang akan merayu penduduk untuk memberi satu sahaja undi kasihan.

    "Jika ramai-ramai penduduk terperdaya, maka pembangkang akan mendapat undi yang banyak," ujarnya.

    Azizul juga memberitahu pembangkang bijak memutar belit dan penduduk harusnya berhati-hati.

    "Namun apabila saya melihat ramai yang datang pada malam ini, sudah semestinya menyokong penuh calon BN," tambahnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu: "Mak Pesan, Turun Ramai-Ramai Undi BN" - Azizul "