• #PRKTjgDatu : Lebuhraya Pan Borneo Retorik Kerajaan BN ?

    Published: Friday, 17 February 2017
    A- A+
    Kredit foto rakan FB Saraeakiana


    Ada mata tidak diguna melihat sepenuhnya, ada telinga tidak mahu mendengar khabar berfakta sebenarnya.

    Projek Lebuhraya Pan Borneo hanyalah sandiwara kerajaan untuk menarik undi pada pilihanraya sahaja khasnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

    Pembangkang cuba menjadi hero dengan menyebar berita bahawa kerajaan hanya bercakap perihal projek tersebut tetapi tidak melaksanakan.

    Dakwaan pembangkang merupakan kenyataan yang bersifat buta mata dan pekak telinga kerana projek tersebut sedang dilaksanakan terutama jalan menghubung Teluk Melano dan Sematan.

    Jentera berat yang berada di lokasi projek adalah bukti kerajaan tidak hanya bercakap tentang isu tersebut tetapi melaksanakan apa yang telah dijanji dan dirancang.

    Ternyata dakwaan pembangkang mengenai perkara tersebut hanyalah satu contoh pembangkang sudah kehilangan modal politik yang hanya mengelirukan rakyat. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PRKTjgDatu : Lebuhraya Pan Borneo Retorik Kerajaan BN ? "