• #PrkTjgDatu: Kepentingan Kanak-Kanak Sentiasa Diberi Perhatian

    Published: Tuesday, 14 February 2017
    A- A+

    LUNDU: Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat Banteras Indeks Jenayah Terhadap Kanak-Kanak (BIJAK) Peringkat Negeri Sarawak merupakan usaha murni Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyampaikan maklumat dan kempen demi keselamatan kanak-kanak di kawasan Lundu.

    “Pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan bagi membendung masalah pengabaian, penderaan dan eksploitasi dari aspek fizikal, seksual dan emosi meilibatkan kanak-kanak,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.

    Menurutnya, masyarakat harus memandang serius isu berkenaan keselamatan kanak-kanak kerana 10.5 juta rakyat di Malaysia terdiri daripada kanak-kanak,”jelas beliau ketika merasmikan Kempen Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat BIJAK Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Seri Pakma, SMK Lundu, di sini, hari ini.

    “Keselamatan kanak-kanak bukan sahaja terletak di bahu agensi kerajaan tetapi masyarakat sekeliling perlu bersama-sana memainkan peranan utama dalam memastikan komuniti mereka dalam keadaan yang selamat,” jelas beliau.



    Tambah beliau, BIJAK meliputi usaha mencegah, mengelak dan membanteras kanak-kanak daripada menjadi mangsa kegiatan jenayah berupa pengabaian, penderaan dan eksploitasi dari aspek fizikal, seksual dan emosi.

    “Komuniti harus bekerjasama dengan kerajaan supaya masalah melibatkan kanak-kanak dapat dibendung dengan lebih berkesan,” ujarnya.

    Di akhir majlis,Rohani mengumumkan peruntukan berjumlah RM76,000 untuk menubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Lundu bagi menampung keperluan semasa selaras dengan kemajuan dan pertambahan populasi daerah Lundu.-Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu: Kepentingan Kanak-Kanak Sentiasa Diberi Perhatian "