• #PrkTjgDatu : Kaum Cina di luar Tanjong Ďatu Disaran Balik Mengundi

    Published: Wednesday, 15 February 2017
    A- A+


    LUNDU : Kaum Cina yang berada di luar Tanjong Datu diseru agar balik mengundi pada 18 Februari nanti.

    Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Sim Kui Hian berkata, kaum cina seharusnya menunai tanggungjawab sebagai warga untuk membuang undi.

    "Banyak perubahan berlaku di Tanjong Datu dan tidak ketinggalan pembangunan yang memberi kepentingan kepada kaum cina.

    "Ini bermakna kerajaan tidak meminggir kaum Cina dan sentiasa membangun sepertimana pembangunan kaum lain di Sarawak," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina di sini.

    Sim mengakui kerajaan berusaha keras untuk semua kaum, dan Cina khasnya membangun seiring dalam aspek ekonomi, pendidikan dan sebagainya. - Sarawakiana
  • No Comment to " #PrkTjgDatu : Kaum Cina di luar Tanjong Ďatu Disaran Balik Mengundi "