#PRKTjgDatu : Kak Milah Mahu Pengundi Keluar Beramai-ramai


Selain kemenangan, perkara yang paling di idamkan oleh seorang calon piliharaya ialah melihat penduduk kawasannya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.

Bermakna semua pengundi tersebut telah mengambil kira bahawa tanggungjawab sebagai pengundi lebih utama kerana masa depan kawasan atau negeri memang atas pilihan pengundi.

Tanjong Datu memang masih memerlukan perjuangan Allahyarham Tok Nan dan perjuangan tersebut akan diteruskan oleh Datuk Amar Jamillah Anu jika PRK Tanjong Datu memihak kepadanya.

Oleh itu Kak Milah memerlukan semua pengundi yang berdaftar turun mengundi dan mencatat rekod peratusan tertinggi.

Mungkin PRK kali ini mencatat sejarah antara jumlah keluar pengundi yang terbaik dan membuktikan pengundi Tanjong Datu paling bertanggungjawab kepada kawasan.

Tidak mustahil ia akan berlaku kerana para pengundi boleh melihat apa yang telah berlaku kepada pembangunan Tanjong Datu dan menolak mentaliti BN tetap menang, walaupun mereka tidak turun mengundi. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA